← Kembali ke Blog
Tips perkahwinan ini dibawakan oleh Aiman Azlan dari Akademi Jodoh untuk Akad.

Jangan Biar Perasaan Mengatasi Prinsip

Aiman Azlan | Pengasas Akademi Jodoh

Aiman Azlan | Pengasas Akademi Jodoh

Aiman Azlan merupakan seorang kaunselor berdaftar yang fokus kepada isu-isu pra-perkahwinan dan rumahtangga. Beliau juga merupakan seorang taaruf coach yang membantu mereka yang single untuk kahwin dengan cara yang betul dan diberkati, menerusi platform yang dibinanya iaitu Akademi Jodoh (akademijodoh.com).

Diterbitkan pada 30/6/20261 min bacaan

Perasaan itu fitrah.

Kita semua mahu disayangi dan difahami.

Tetapi apabila perasaan menjadi terlalu besar tanpa dipandu prinsip, manusia mudah hanyut.

Ramai orang tahu hubungan mereka tidak sihat, tetapi masih bertahan kerana “sayang”. Ada yang terus melanggar batas agama kerana takut kehilangan seseorang. Ada juga yang mengabaikan red flags kerana terlalu berharap hubungan itu akan berubah selepas kahwin.

Inilah pentingnya kembali kepada Tuhan sebelum mencari pasangan.

Apabila hubungan kita dengan Allah kuat, kita tidak mudah bergantung secara berlebihan kepada manusia. Kita tahu manusia boleh mengecewakan, tetapi Tuhan tidak pernah meninggalkan kita.

Prinsip pula bertindak seperti pagar. Ia melindungi kita ketika emosi sedang tidak stabil. Tanpa prinsip, kita akan membuat keputusan berdasarkan rasa semata-mata.

Sebab itu sebelum mencari jodoh, bina dahulu asas diri:

  • Apa prinsip hidup aku?
  • Apa batas yang aku tak akan kompromi?
  • Apa nilai yang aku mahu dalam keluarga nanti?

Jangan biarkan hati yang kosong menentukan masa depan hidup kita.

Isi hati itu dengan iman, supaya bila cinta datang, kita tidak kehilangan diri sendiri.