Bila sebut persiapan kahwin, ramai terus fikir duit.
Padahal realitinya, ramai pasangan bukan gagal kerana kurang duit — tetapi kerana kurang ilmu memimpin dan berkomunikasi.
Perkahwinan bukan sekadar berkongsi rumah. Ia tentang berkongsi kehidupan. Dua manusia dengan latar belakang berbeza cuba hidup bersama setiap hari. Kalau tiada kemahiran mengurus emosi, masa, dan konflik, hubungan akan cepat penat.
Persiapan sebenar merangkumi tiga perkara penting:
1. Persiapan kewangan
Bukan perlu kaya, tetapi cukup untuk memenuhi keperluan asas dan punyai skil asas untuk uruskan kewangan dengan bijak.
2. Persiapan kepimpinan
Bolehkah kita mengurus masa dengan baik? Adakah hidup kita stabil atau masih huru-hara? Bagaimana kita pimpin diri kita adalah bagaimana kita pimpin keluarga nanti.
3. Persiapan komunikasi
Adakah kita mampu berbincang tanpa meledak emosi? Bolehkah kita mendengar tanpa defensif?
Ramai mahu menjadi suami atau isteri, tetapi belum belajar menjadi manusia yang matang.
Perkahwinan tidak magically menyelesaikan masalah peribadi kita. Bahkan, ia sering membesarkan lagi masalah yang tidak diselesaikan.
Sebab itu sebelum mencari pasangan yang baik, bina dahulu diri yang bersedia.

