Ramai orang mahu pasangan yang baik, tetapi jarang bertanya:
“Aku berada dalam persekitaran yang macam mana?”
Hakikatnya, jodoh sering datang melalui circle kehidupan kita:
kawan,
komuniti,
tempat belajar,
tempat kerja,
usrah,
program pembangunan diri.
Kalau hidup kita dipenuhi circle yang toksik, terlalu sosial tanpa arah, atau jauh daripada nilai agama, peluang bertemu calon yang ada ciri-ciri juga menjadi lebih kecil.
Mencari jodoh sebenarnya bermula dengan membina diri dan membina persekitaran.
Masuklah komuniti yang sihat. Berkawan dengan orang yang mempunyai visi hidup. Sertai majlis ilmu. Libatkan diri dalam aktiviti yang membina karakter.
Apabila kita upgrade kehidupan kita, circle kita juga berubah.
Dalam circle yang sihat itu, selalunya akan hadir orang yang mempunyai nilai hidup yang lebih baik.
Kadang-kadang masalah bukan “tak jumpa jodoh”.
Kadang-kadang kita berada di tempat yang salah terlalu lama.

