← Back to Blog
Banner siri Tips Perkahwinan bersama Aiman Azlan, kaunselor rumahtangga dan taaruf coach dari Akademi Jodoh

Komunikasi Bukan Sekadar Pandai Bercakap

Aiman Azlan | Pengasas Akademi Jodoh

Aiman Azlan | Pengasas Akademi Jodoh

Aiman Azlan merupakan seorang kaunselor berdaftar yang fokus kepada isu-isu pra-perkahwinan dan rumahtangga. Beliau juga merupakan seorang taaruf coach yang membantu mereka yang single untuk kahwin dengan cara yang betul dan diberkati, menerusi platform yang dibinanya iaitu Akademi Jodoh (akademijodoh.com).

Published on 23/10/20261 min read

Ramai orang rasa mereka bagus berkomunikasi sebab mereka petah bercakap.

Atau, mereka rasa sudah memadai kalau sudah cakap.

“Aku dah cakap dah, dia saja tak nak faham!”

Tetapi, komunikasi dalam hubungan bukan tentang siapa paling banyak bercakap.

Ia tentang siapa yang paling banyak memahami.

Dalam perkahwinan, ego adalah antara racun terbesar. Bila ego terlalu besar, kita mula:

mahu sentiasa menang,

susah mengaku salah,

cepat defensif,

dan enggan mendengar.

Akhirnya, pasangan rasa tidak selamat untuk meluah.

Komunikasi yang sihat memerlukan kematangan emosi. Kita belajar mendengar tanpa terus menghukum. Kita cuba memahami sebelum membalas. Kita respond untuk membina, bukan untuk membinasa.

Kemahiran ini tidak muncul secara automatik selepas kahwin. Ia perlu dilatih sekarang:

belajar kawal marah,

belajar bercakap dengan tenang,

belajar meminta maaf,

belajar memahami emosi orang lain.

Hubungan yang kuat bukan hubungan tanpa konflik.

Tetapi, hubungan yang kuat adalah hubungan di mana kedua-duanya tahu bagaimana mengendalikan konflik dengan matang.