Ramai salah faham konsep taaruf.
Ada yang anggap taaruf cuma “dating tapi nampak Islamik sedikit”.
Sedangkan hakikatnya, taaruf adalah proses yang sangat berbeza daripada dating moden atau situationship.
Taaruf bukan tentang melayan perasaan terlalu lama. Ia proses mengenali seseorang secara serius untuk tujuan perkahwinan.
Dalam taaruf:
- ada tujuan yang jelas,
- ada batas,
- ada disiplin,
- dan ada penglibatan orang yang dipercayai.
Perjumpaan dilakukan secara matang dan fokus kepada perkara penting:
- visi hidup,
- agama,
- kewangan,
- keluarga,
- komunikasi,
- expectation selepas kahwin.
Bukan sekadar “chemistry”.
Kenapa perlu ada orang ketiga atau wali? Kerana manusia mudah dipengaruhi emosi apabila terlalu selesa berdua. Kehadiran pihak ketiga membantu menjaga batas dan objektiviti.
Dalam masa yang sama, kita ingin elak daripada tergolong dalam golongan yang mendekati zina.
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah al-Isra, Ayat 32)
Taaruf mungkin nampak kurang romantik bagi sesetengah orang.
Tetapi ia lebih selamat untuk iman dan masa depan.
Kita tidak mahu sekadar hubungan yang seronok sekarang.
Kita mahu hubungan yang kukuh untuk jangka panjang.


